Khamis, 23 Februari 2017

Punca dan sebab permohonan BR1M 2017 anda gagal tidak berjaya.

Punca Permohonan Kemaskini BR1M Gagal Terkini

Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 ditutup, bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut:
  1. Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Polis Diraja Malaysia
  3. Angkatatera Malaysia
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  5. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  6. Kumpulan Wang Amanah Pencen
  7. Jabatan Perkhidmatan Awam
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan
  9. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  10. Kementerian Pendidikan Tinggi
  11. Jabatan Agama Islam Negeri
  12. Suruhanjaya Syarikat Malaysian

SEBAB DAN PUNCA PERMOHONAN BR1M 2017 TIDAK BERJAYA (DITOLAK) ATAU GAGAL

Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal Menerusi semakan MYsumber dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama atau kesilapan yang membuatkan permohonan BR1M itu tidak diluluskan atau gagal.

Antara Punca Dan Sebab-Sebabnya

  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada
  2. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  3. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
  4. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  5. Maklumat tanggungan tidak lengkap
  6. Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
  7. Pemohon merupakan pelajar yang mendapat KAD DEBIT PELAJAR
  8.  Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
  9.  Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
  10. No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  11.  Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  12. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
  13. Permohonan lebih daripada satu kali
  14. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
  15. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
  16.  Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual
Punca BRIM Ditolak Gagal Terkini
Alasan Punca BR1M Tidak Lulus Terkini

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M ANDA.
KLIK DISINIhttp://lynk.my/Cet7

CARA MEMBUAT DAN CONTOH  BORANG RAYUAN BR1M DISINI.
KLIK DISINI :http://lynk.my/1CNT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan