Seperti mana anda sedia maklum menerusi penguguman Bajet 2017, Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) telah menggantikan baucar buku 1 Malaysia mulai tahun 2017. Pelajar IPTS dan IPTA boleh mendapatkan kad debit pelajar KADS1M dengan memohon secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2017
SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M ANDA DISINI :
Kad debit KADS1M adalah cara baharu yang lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku pada tahun sebelumnya. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 ini hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih. Berikut kami kongsikan cara permohonan online bagi mendapatkan Kad Debit Pelajar dibawah kelolaan Bank Rakyat.
Cara Daftar Kad Debit Pelajar Baucar Buku 2017 Online
- Sila klik untuk mendaftar di pautan berikut: http://www.bankrakyat.com.my
- Isi maklumat yang dikehendaki selengkapnya. Jika server slow, akses semula nanti. Ini kerana ramai pengguna sedang mengakses portal pendaftaran Bank Rakyat. Anda dinasihatkan untuk mengakses bukan pada waktu puncak.
Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan memaklumkan melalui mesej bilakah pemohon boleh mengambil KADS1M tersebut
- Info lanjut berkenaan KADS1M ini boleh layari https://www.irakyat.com.my/index.php/personal/…/debit-kads1m
- Menurut Bank Rakyat, sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank rakyat anda tidak perlu membuka akaun baru. Hanya bayaran rm 5 sahaja dikenakan untuk mendapatkan KADS1M. Tujuan kad KADS1M ini diwujudkan untuk mengelakkan segelintir pengguna yang menyalah guna BB1M ini.
Cara Guna Kad Debit Pelajar Ganti Baucar Buku Mulai 2017
- Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250.
- Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaannya adalah sama seperti kad debit namun jumlah kad debit pelajar ini terhad untuk jumlah RM250 sahaja.
- Hanya pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.
Jadi, buatlah permohonan sekarang, selamat membeli-belah ye!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan