Kepada yang permohonan lulus tapi belum terima bayaran
ketika fasa pertama, anda bakal menerima BRIM anda pada kelompok yang kedua
iaitu mulai 28/2/2016. Anda boleh membuat semakan di portal BRIM untuk
mengetahui fasa bayaran anda. Semua penerima No Kelompok 01 sudahpun dibayar
pada bulan lepas.
Sesetengah penerima yang sedia ada tidak membuat sebarang
kemaskini untuk BRIM tahun 2016, dan kami tidak pasti sama ada mereka akan
dimasukkan dalam senarai layak, kedengaran ramai yang tidak kemaskini masih
tidak diberi apa-apa.
Kepada yang ingin membuat aduan terhadap jumlah diterima
boleh berbuat demikian pada bulan March. Ramai yang mengadu bahawa tahun 2016
digugurkan kelayakan, sila buat rayuan di bulan March nanti.
Penerima jenis baucar sudahpun selesai tunaikan baucher BRIM
mereka masing-masing di bank. Diminta buat rayuan sekiranya anda masih tidak
menerima sebarang baucar.
Beberapa sebab kenapa anda tidak dibayarkan BRIM :
1. Bank akaun nombor tidak sah
2. Memilih bank yang salah. Contohnya pilih Maybank tetapi
memberi akaun CIMB.
3. Nama bank akaun tidak sama dengan pendaftar
4. Alamat diberi tidak dapat dikecapi
Sebarang soalan dipersila hubungi pihak berkenaan di
1800882616