Membongkar Mitos Hang Tuah Itu Cina?

Sebut sahaja mengenai Hang Tuah, ramai puak Chauvinist, Chola dan pseudo-sejarah akan mula berdendang bahawa pahlawan Melayu ini merupakan bangsa cina. Mereka mempunyai hujah mereka untuk mengatakan bahawa Hang Tuah adalah daripada bangsa cina. Justeru artikel ini akan berbentuk Q&A, di mana setiap soalan akan direka berdasarkan hujah-hujah mereka
Soalan: Hang bukan nama biasa yang digunakan oleh orang Melayu. Hanya Hang Tuah lima bersaudara dalam sejarah yang bernama Hang. Nama bangsa Melayu tidak mempunyai nama keluarga. Kalau nama ayah akan dibinkan. Jadi tak logic kalau Hang Tuah, dan terdapat orang lain yang turut berkongsi nama Hang.
Jadi, nama Hang yang sebenarnya ialah Hang Too Ah. Nama Hnag Jebat ialah Hang Jew Fat. Nama Hang Lekir ialah Hang Liew Kier. Nama Lekiu ialah Hang Lee Kiew. Jadi, Hang itu ialah nama keluarga cina.
Jawapan: Hei, saya tahu anda yang cuna menulis sejarah Melayu ni tentu tak pernah bergaul dengan orang Melayu? Pandai-pandai jer buat kesimpulan macam tu. Pernah berkawan dengan orang Melayu tak? Kalau tak, meh sini saya ajar anda apa itu budaya Melayu.
Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Raden ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.
Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.
Soalan: Tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Hang Li Po. Jadi jelaslah bahawa Hang Tuah itu di bawa oleh Hang Li Po.
Jawapan: Benarkah sedemikian? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah.
Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.
Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.
Soalan: Tapi… ada orang cakap yang nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu, dan Lekir itu dicinakan. Tiada makna dalam bahasa Melayu. Betul ke?
Jawapan: Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.
Soalan: Tapi macam mana Puteri Hang Li Po boleh ada nama Hang?
Jawapan: Senang sahaja jawapan saya. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka. Pada asalnya nama Hang Li Po ialah nama puteri itu. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah.
Soalan: Saya tak puas hati lagi dengan bukti bahawa Hang Tuah itu Melayu!
Jawapan: Wah mencabar nampak. Tak apa… kan saya kata salah satu sumber yang menceritakan tentang Hang Tuah ialah Hikayat Hang Tuah bukan? Ini ada keratan dalam HHT sendiri yang membicarakan Kemelayuan Hang Tuah.
Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat petikan di dalamnya yang menyebut dengan jelas tentang nama Melayu. Antaranya ketika peristiwa Hang Tuah vs Samurai Jepun.
“Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.`
Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.”
Ketika Hang Tuah berkunjung ke sebuah empayar yang pernah berdiri di negara India, ada juga dipetik nama Melayu di dalamnya ketika dia terpaksa bertempur dengan pahlawan hebat Empayar Vijayanagara dan menewaskan pahlawan itu:
“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…”
Soalan: Ya, Hang Tuah bukan cina. Tapi, apa bukti Hang Tuah itu wujud?
Jawapan: Kajian-kajian daripada majoriti sarjana di Malaysia bersetuju akan kewujudan Hang Tuah. Mereka membuat rujukan silang dengan manuskrip-manuskrip dari Ryukyu, serta bukti-bukti sejarah dari India, Portugis, Turki dan seumpama dengannya. Walaupun ada yang menolak akan kewujudan Hang Tuah, namun secara majoriti di Malaysia, kebanyakannya mengatakan bahawa laksamana agung orang Melayu ini memang wujud dalam sejarah!
Salam sdr,
BalasPadamSaya berikan komen ini dalam beberapa bahagian, ini kerana sekatan laman blog yg hanya menghadkan setiap komen tidak melebihi 4,096 aksara.
Izinkan saya utk membuat sedikit pencerahan terhadap tulisan sdr mengenai Hang Tuah, khususnya asal nama "Hang".
Terlebih dahulu saya ingin memperkatakan bahawa dalam nama keluarga Cina (surname) memang tidak pernah wujud nama "Hang" atau "Han". Ini diperkuatkan lagi dalam senarai 500 surname orang-orang Cina sejak dahulu kala yg terkandung dalam "百家姓" iaitu satu index surname orang-orang Cina tidak menyenaraikan nama Hang atau Han. Perkataan Han (汉) pula adalah merujuk kepada orang-orang Han, iaitu orang-orang Cina. Secara amnya, bangsa Cina dikenali sebagai Bangsa Han.
Bagaimana pula sdr mengatakan nama Hang Tuah itu diambil dari nama Cina ?
Dalam sejarah Cina khususnya bagi Dinasti Sung (宋朝), dimana era kegemilangan Melaka ialah semasa Dinasti Sung. Tidak terdapat dalam mana-mana catatan sejarah Cina yg mengatakan pernah terdapat seorang puteri Raja China bernama Hang Li Po yg dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Cerita mengenai kedatangan rombongan puteri China ini hanya diceritakan dalam Sejarah Melayu sahaja. Namun tidak sedikitpun dicatatkan dalam sejarah Dinasti Sung.
Walaupun dalam sejarah China memang tercatat beberapa puteri China yg dikahwinkan dgn raja bagi sesebuah kerajaan luar, ia bertujuan utk mengukuhkan ikatan diplomatik. Jika benar-benar wujud Puteri Hang Li Po yg dikatakan dikahwinkan dgn Sultan mansor Syah, mengapa pula tidak terdapat apa-apa catatan dari Sejarah Sung. Sedangkan perkara yg lain, seperti bentuk hadiah-hadiah yg dipersembahkan oleh Maharaja China atau dari Sultan Melaka tertera jelas dalam catatan. Mengapakan perkara besar seperti perkhawinan diraja ini tidak dicatatkan ?
Ia hanya terdapat dalam catatan Sejarah Melayu sahaja dan tidak dari Sejarah Cina. Ia hanyalah satu mitos dan tempat tinggal Puteri Hang Li Po dikatakan di Bukit China, Melaka.
Baru-baru ini, ada juga kajian yg mengatakan kewujudan Hang Tuah bukanlah mitos. Ini dicatatkan dalam buku "Hang Tuah Catatan Okinawa" oleh Prof Emiritius Hasyim Musa dan Prof Rohaidah Kamaruddin dari UPM.
BalasPadamMereka memperolehi banyak manuskrip dari kerajaan Ryukyu yg kini dikenali sebagai Okinawa. Pada ketika kegemilangan Melaka, Ryukyu banyak berdagang ke Melaka.
Ryukyu ketika itu adalah sebuah kerajaan berdaulat dan di bawah naungan China. Keadaan yg sama spt Melaka yg dinaungi oleh China. Kemudian, Jepun menakluki Ryukyu pada kurun ke 18 dan menjadikannya sebagai jajahan Jepun serta ditukar nama kpd Okinama.
Oleh kerana Ryukyu adalah hampir dgn China dan menerima bahasa dan pembudayaan China serta persuaratannya. Maka catatan Ryukyu adalah dalam bahasa Cina.
Saya telah menyelidik manukrip asal dalam bahasa Cina seperti yg terdapat dalam buku Hang Tuah Catatan Okinawa, saya tidak menjumpai perkataan "HANG TUAH".
Yang terdapat dalam manuskrip itu hanya ditulis sebagai "Le Xi Ma Na", 乐系吗拿. Namun tidak dapat dikaitkan apakah "Le Xi Ma Na" itu ialah Laksamana Hang Tuah ?
Walaupun kita masih mencari bukti artifak atau lain-lain manuskrip luar yg sezaman dgn Hang Tuah. Namun kita masih berpegang kdpd penulisan Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu.
BalasPadamHanya itu saja catatan awal yg diperolehi, walaupun Tun Seri Lanang yg merupakan pegawai istana Johor Lama yg hidup 200 tahun selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.
Maka ketahuilah bahawa catatan Sejarah Melayu mengenai Melaka tidak dicatatkan pada masa kegemilangan Melaka, tetapi diceritakan oleh satu generasi ke generasi sehinggalah 200 tahun kemudiannya dibukukan oleh Tun Seri Lanang.
Mengenai nama-nama Kesultanan Melaka dan tahun-tahun kemangkatan serta pertabalan mereka yg ditujuk dalam buku-buku sejarah kita adalah diperolehi daripada Catatan Sung.
Tentang lain-lain Hang iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu hanya wujud dalam Hikayat Hang Tuah yg ditulis terkemudian daripada Sejarah Melayu.
Hikayat Hang Tuah yg versi asal tidak diketahui siapa yg mengarangnya. Kini terdapat beberapa versi yg ditulis kembali oleh pengarang lain, termasuk yg diterbitkan oleh DBP.
Hikayat Hang Tuah tidak pernah diangkat sebagai naskah sejarah, tetapi hanyalah sebagai naskah penglipurlara yg dikaitkan dgn elemen sejarah. Mungkin ia digunakan juga sebagai utk menaikkan semangat bangsa Melayu akibat dijajah oleh Portugis. Ia bagi menyatakan jati diri dan kepahlawanan Melayu.