Isnin, 3 April 2017

Permohonan Rayuan Dan kemas Kini BR1M 2017 Kini Dibuka.

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2017. Anda telah memohon dan menyemak status permohonan BR1M 2017 tetapi gagal? Berita baik buat mereka yang gagal dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Rayuan BR1M 2017bagi pemohon yang gagal atau ditolak boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017. Tarikh rayuan tahun 2016 adalah pada hariSelasa, 15 Mac hingga 15 April 2016.
borang rayuan br1m 2017

Cara Buat Rayuan BR1M 2017

Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon. 

  • Tarikh rayuan BR1M 2017 adalah dari 3 April sehingga 31 Mei 2017

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Informasi Penting Rayuan BR1M 2017

Berikut adalah tarikh penting berkenaan rayuan permohonan BR1M 2017 :-
  • Rayuan perlu dibuat secara manual di mana-mana cawangan LHDN
  • Tarikh Buka : 3 April 2017
  • Tarikh Tutup : 31 Mei 2017
  • Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohonboleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017. 
  • Panduan Pengguna untuk Semakan status 2017 klik e-BR1M

Waktu Operasi Kaunter Rayuan BR1M 2017

Berikut dikongsikan maklumat jadual pembukaan kaunter rayuan BRIM 2017 meliputi seluruh negeri, hari dan waktu beroperasi. Sumber dari Laman Web BRIM.

A. Cawangan LHDNM (Kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak)

  • Isnin hingga Jumaat
  • 8.45 Pagi – 5.00 Petang

B. Cawangan LHDNM Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

  • Ahad hingga Rabu : 8.45 Pagi – 5.00 Petang
  • Khamis : 8.45 Pagi – 3.30 Petang

C. Cawangan LHDNM Sabah dan Sarawak

  • Isnin hingga Jumaat
  • 8.15 Pagi – 4.00 Petang

SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M ANDA.
KLIK DISINI : http://lynk.my/Cet7

CARA MEMBUAT DAN CONTOH  BORANG RAYUAN BR1M DISINI.
KLIK DISINI :http://lynk.my/1CNT

PUNCA & SEBAB PERMOHONAN BR1M 2014 ANDA TIDAK BERJAYA
KLIK DISINI : http://lynk.my/ND0N

Tiada ulasan:

Catat Ulasan