Sabtu, 22 Julai 2017

Ayat Penumbuk maut, Penumbuk ke liang kubur dan banyak lagi di kongsikan dari pesilat Melayu.

Ayat “PENUMBUK” Ketika Menghadapi kecemasan.. Tapi Jangan Salah Guna..Kongsikan



Banyak Ilmu Kebatinan Melayu yang mempunyai amalan amalan penumbuk atau jurus jurus yang boleh digunakan semasa kecemasan apabila menghadapi musuh yang ramai atau musuh yang lebih handal di dalam langkah persilatan. Bagaimana pun Silat Melayu mempunyai amalan kebatinan tersendiri samada daripada ayat ayat Quran, Doa Doa atau serapah mantera didalam bahasa melayu, jawa atau sebagainya
Ayat ayat jurus tanpa cara dan amalan menggunakannya berikut ini adalah sekadar pengetahuan terutama bagi orang melayu sendiri betapa bangsa melayu adalh kaya dengan seni persilatan berserta ilmu kebatinannya.
a) Penumbuk maut – Qulu binafsin zala-ikatal maut
b) Penumbuk ke liang kubur – Wa-i-za batash tum batash tum jabbarin
c) Pembuka pagar batin – Wah dah niah (sesetengah orang mempunyai
pendinding batin yang sukar ditembus musuh untuk menghampiri, maka ayat tersebut bertujuan memecah pendinding ini)

d) Menangkap pukulan – Innallah Allahuakbar
e) Pedang – Lakum dinukum wali-yadin
Tangan akan menjadi tajam seperti pedang/parang
f) Tekan bumi- Taskaralakum dinallah
Apabila musuh menyerang, ayat dibaca sambil tumit dihentak, maka
Musuh akan terlekat dibumi selagi kaki tidak diangkat, selagi itulah musuh
Terlekat kaku
g) Pembakar musuh – Illa manis taroqassaam’a fa-atba’ahu shiha bum mubin
h) Gayung – Syumma dammar-nal akarin
i) Kunci- Qul kunu hijarotan a’u hadidan
j) Penumbuk hancur – Fa dammar naha tad-miran
k) Baju besi-Wasarabila taqikum-basakum
l) Pengerun-Lauwahatun lil-basyir
m) Pengerun-‘alai-ha tis ‘ata’a-syar
n) Penderas-Fassa-bi qoti-sab-dan
o) Senja ghaib -Walahum-maqo-mi ‘umin hadidin
p) Ayat Hikmah -Rabbi-habli hukman wa-al hiq-ni bish sholihin
q) Perapuh- Fakanat haba ‘an-mun ba tsa
r) Tekan bumi – Iza rujjatil ard-dhu rajjan
s) Pukulan angin – Fi samu-mun wahami-min
t) Pukulan jantung – tsum-ma laqo-thaq’ na minhul-watin
u) Penangkap – La a-khazna-minhubil yamin
v) Panah api – Wa syu-hu-ban
w) Pemanas – Innaha-la zha naz-za ‘atan lil sya-wa
x) Ayat dengar – Wa-anna ku-na naq ‘u-du minha maqo-‘edi-lis sam ‘e
y) Penjaga gelanggang-Faman yasta-mi -‘il ana yajid –lahu syiha ban rasha-dan
z) Tembus mata – al naj huth- tsa – qibu
Peringatan: Amalan ayat ayat di atas perlulah berguru dan menurut tertib amalannya. Jangan amal sembarangan.

Jumaat, 16 Jun 2017

SEJARAH ISLAM MELAYU : Tahukah Anda Siapakah Orang Melayu Pertama Memeluk Islam?


Tamadun Melayu secara rasminya dianggarkan bermula kira-kira 600 SM berdasarkan rekod penemuan terkini arkeologi di Sungai Batu. Orang Melayu membina peradaban mereka kira-kira 1400 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah dan kelahiran Islam. Sebelum cahaya hidayah mula meresapi umat Melayu, mereka dicatatkan pernah mengganut fahaman animism, agama Hindu dan Buddha.
Namun selepas kedatangan Islam, orang Melayu tidak lagi bertukar agama meski usaha pengkristian cuba berlaku ke atas bangsa mereka ini, melalui usaha-usaha penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sendiri. Sepertinya, pencarian spritiual orang Melayu akhirnya berhenti pada Islam.
Inilah yang sangat penting untuk kita kaji dan dalami, tentang sinar-sinar kemasukan tamadun Islam ke Tamadun Melayu. Justeru, saya akan bahagikan fasa-fasa kemasukkan Islam yang mula meresapi ke Tamadun Melayu.
1. Fasa Persinggahan
Dipercayai bahawa sejak abad pertama Masihi lagi, orang Melayu sudah terlibat dengan perdagangan dengan bangsa Arab. Sebagai contoh, Lynda Shaffler dalam bukunya Maritim Southeast Asia to 1500 mencatatkan bahawa orang Melayu sudah membuka penempatan di Pelabuhan Aden pada waktu seawal 53 Masihi lagi.
Dan perhubungan antara bangsa Melayu dan bangsa Arab sebenarnya telah banyak membantu perkembangan teknologi mereka terutama di sekitar Yaman. Ini tidaklah hairan kerana dalam sejarah, orang Melayu dikenali sebagai pelopor ketamadunan kelautan yang sangat mengagumkan.
Dicatatkan bahawa orang Melayu ialah bangsa pertama di dunia yang meneroka lautan luas serta bangsa pertama yang belayar dengan memanfaatkan pengerakkan angin monsoon. Pencapaian hebat bangsa Melayu ini telah meninggalkan peninggalan mereka sejauh di Mesir Purba, kerajaan Bani Israel, Yunani, Rom hingga ke Timur Afrika.
Dan hubungan bangsa Melayu dan Arab tidak pernah tamat walaupun ketika era Rasulullah S.A.W. Ketika zaman Islam mula meresapi seluruh Jaziriyah Arab, maka proses menguruskan jenazah memerlukan kapur barus. Maka dicatatkan pada waktu ini, orang Melayu adalah bangsa yang mengambil kesempatan ini dengan memperdagangkan kapur barus kepada orang Arab. Ini berlaku ketika kerasulan Rasulullah S.A.W
Atas sebab ini, dicatatkan bahawa terdapat proses keluarnya pedagang Arab ke Kepulauan Melayu untuk mendapatkan kapur barus lalu dibawa ke Tanah Arab. Atas sebab ini juga, dicatatkan bahawa Islam sebenarnya mula dikenali oleh penduduk Nusantara seawal 674 Masihi apabila dicatatkan terdapat penempatan-penempatan orang Arab Islam di dalam wilayah Empayar Melayu Srivijaya iaitu di Sumatera Timur.
Lebih awal daripada itu, para sahabat nabi dikatakan pernah sampai ke Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu. Dicatatkan bahawa sebuah rombongan para sahabat nabi yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah telah sampai ke Riau pada 627 Masihi.
2. Fasa Pertapakkan
Dicatatkan juga ketika era Dinasti Umaiyyah mengambil alih pemerintahan Khalifah Islam di Timur Tengah, khalifahnya yang pertama yang juga merupakan sahabat nabi, Muawiyah R.A telah menghantarkan armada kapal untuk melakukan tinjauan di Tamadun Melayu. Ketika itu, Muawiyah dalam misi meluaskan empayar Islam dan memastikan bahawa pedagang-pedagang Islam tidak ditindas.
Ketika sampai di sebuah kerajaan di Kepulauan Melayu yang bernama Kalingga, pemerintah kerajaan tersebut merupakan Ratu Sima yang memerintah Pulau Jawa ketika itu, Muawiyah mendapati bahawa pedagang Islam dijaga dengan baik membuatkan Muawiyah membatalkan niatnya. Dicatatkan bahawa putera Ratu Sima yang bernama Raja Jay Sima turut memeluk Islam akibat dakwah ketika itu pada 726 Masihi.
Disamping itu, Muawiyah juga telah berusaha menjalinkan hubungan dengan kerajaan Malayu malah mengajak rajanya yang bernama Lkitavarman memeluk Islam. Selain dari pengislaman putera Ratu Sima, seorang maharaja Empayar Melayu Srivijaya pernah dicatatkan mengirimkan surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz yang merupakan khalifah untuk Dinasti Umaiyyah. Isi surat tersebut adalah seperti berikut:
“Dari raja kepada Raja yang berketurunan dari 1000 raja, yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah, dan kawasan taklukannya adalah 2 sungai,yang mengairi tanam- tanaman, wangi-wangian, pohon pala, dan kapur wangi, yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya.
Kepada raja Arab, yang tidak menyekutukan tuhan dari tuhan yang satu.Beta telah menghantar hadiah, yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan, dan beta harap agar anda menghantar seseorang,yang dapat mengajarkan ajaran Islam,serta menunjukkan undang-undangnya.”
Dicatatkan bahawa Maharaja Indravarman, maharaja Srivijaya yang mengirimkan surat ini turut memeluk Islam pada terkemudiannya. Nama kerajaan Melayu ini kemudian bertukar kepada Sribuza Islam.
Pengislaman beberapa raja dan kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu ini telah membuatkan Dinasti Tang di China tidak senang duduk. Ini kerana bekalan tetap lada hitam dan segala kekayaan alam di Kepulauan Melayu ini diplopori oleh orang Islam.
Lalu Dinasti Tang telah mengirimkan dua orang pendeta Buddha bermazhabkan Buddha Mahayana yang bernama Wadjarabodhi dan Amoghabaraja ke Srivijaya untuk menandingi penyebaran Islam di sana. Kemudian dicatatkan pada tahun 730 Masihi, sebuah pemberontakan orang Melayu beragama Buddha telah berlaku dan pemberontakan ini didalangi oleh Dinasti Tang. Dengan Sribuza Islam yang merujuk kepada Srivijaya beragama Islam ini pun runtuh.
Dalam masa yang sama, akibat penggolakkan Dinasti Umaiyyah yang sedang mengalami konflik dan kacau bilau tidak dapat menghantarkan bantuan bagi mematahkan pemberontakan tersebut.
Ketika sinar Islam yang dibawakan oleh golongan Sunni malap di sekitar kawasan Palembang, Jambu dan sebahagian Sumatera, terdapat perubahan aneh berlaku pula di kawasan sekitar utara Sumatera.
Konflik kejatuhan Umaiyyah dan kebangkitan Abbasiyah memerintah menjadi Khalifah banyak mempengaruhi perkembangan Islam di Nusantara. Dicatatkan bahawa golongan syiah yang bersama Bani Abbas ketika menggulingkan Umaiyyah telah melancarkan pemberontakan pulak ke atas Abbasiyah. Di bawah pemerintahan Khalifah Al-Makmum, golongan pemberontak ini berjaya ditangkap. Namun, mereka tidak dibunuh sebaliknya Khalifah Al-Makmum mengarahkan mereka untuk menjalankan kerja kemasyarakatan dengan berdakwah dan menyebarkan Islam.
Lalu untuk menebus segala kesalahan mereka, mereka pun berlayar bersama ulamak-ulamak mereka dan antara kerajaan Melayu terawal yang menerima ulamak dan pendakwah Syiah ialah kerajaan Perlak seawal abad ke-9 Masihi. Dipercayai bahawa raja pertama Perlak memakai nama Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah memerintah pada 840 Masihi.
Tidak cukup dengan itu, pada tahun 877 Masihi seramai sehingga 200 ribu pedagang Arab dan Parsi yang beragama Islam yang tinggal di Canton berpindah dari sana selepas pemberontakan dan perang saudara yang sememangnya rencah sejarah Dinasti-Dinasti China. Pedagang Arab dan Parsi ini dikatakan berpindah ke negeri yang berada di bawah jajahan Srivijaya seperti Kedah dan Palembang. Ini dapat dibuktikan apabila ditemukan dua keping siling Dirham Baghdad.
Selain daripada dua keping syiling Dirham Baghdad, antara penemuan yang boleh dikaitkan dengan penghijrahan beramai-ramai orang Arab dan Parsi di sekitar Alam Melayu adalah seperti berikut:
– Nisan Syeikh Abdul Qadir ibn Husin Syah Alam di Tanjung Inggeris di Kedah yang berusia 903 Masihi
– Batu Bersurat di daerah Phan-rang yang terletak di kerajaan Melayu Champa yang bertarikh 1025 Masihi
– Batu nisan Ahmad ibn Abu Ibrahim ibn Abu Arradah al-Rahdar Abu Kami di lokasi Phan-rang untuk kerajaan Melayu Champa berusia 1039 Masihi
– Batu nisan yang dijumpai di Pekan, Pahang berusia 1028 Masihi
– Nisan seorang puteri di Brunei berusia 1028 Masihi
– Batu nisan di Pekan, Pahang berusia 1048 Masihi
– Nisan Fatimah bini Maimun ibn Hibat ALLAH di Leran Jawa Timur yang berusia 1082 Masihi
– Batu bersurat Terengganu yang berusia 1303 Masihi
3. Fasa Penyebaran Islam Secara Meluas
Antara kerajaan dan negeri terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima Islam ialah negeri Kedah Darul Aman. Untuk pengetahuan semua, Kesultanan Kedah yang wujud pada hari ini merupakan antara kesultanan tertua di dunia dengan usia yang boleh diejjak seawal 1136 Masihi, hampir 200 tahun lebih awal daripada penemuan batu bersurat di Terengganu dan pengislaman Melaka.
Perkenalkan kepada anda seorang ulamak yang bertanggungjawab meng-Islam-kan Kedah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairi. Datangnya beliau dari bumi Yaman, bumi tempat asal para Habib yang sedang giat berdakwah di bumi kita. Dicatatkan bahawa Syeikh Abdullah Al-Qumairi datang bersama dengan 11 sahabatnya. Beliau dicatatkan telah mengislamkan seorang raja Melayu Kedah yang bernama Phra Ong Mahawangsa yang selepas memeluk Islam menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Shah yang kemudiannya mangkat pada tahun 1179 Masihi.
Sultan Muzzaffar Syah kemudian bersama Syeikh Abdullah Qumairi ini kemudiannya bersama-sama berganding bahu mengIslamkan seluruh rakyat Melayu Kedah daripada agama Hindu-Buddha. Syeikh Abdullah Al-Qumairi ini juga memberi nama baru kepada Kedah iaitu Kedah Darul Aman dan mengarahkan pembinaan menara azan di puncak Gunung Jerai.
Selain itu keadaan kekhalifahan Islam di Timur Tengah di dalam kekacauan membuatkan golongan ahli sufi mula muncul yang menganggap kekacauan yang berlaku di kerajaan Islam adalah kerana pemerintahnya yang mementingkan kebendaan. Golongan tarikat dan sufi inilah yang kemudian keluar dari timur tengah dan wilayah Islam ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Merekalah insan-insan yang bertanggungjawab mengubah mazhab yang dianuti oleh orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu dari Syiah kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Antara ulamak sufi yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Tamadun Melayu ialah Syeikh Ismail al-Siddiq dan seorang ahli sufi bernama Fakir Muhammad yang telah sampai ke sebuah kerajaan Melayu iaitu Pasai pada pemerintahan Merah Silu yang memerintah pada sekitar 1261 – 1289 Masihi. Merah silu telah diislamkan oleh ulamak sufi ini lalu mengambil nama sempena dengan pengasas kerajaan sunni Mamluk di Mesir. Nama Merah Silu ditukarkan kepada Sultan Malik Al-Salleh.
Kerajaan teragung orang Melayu selepas era Hindu-Buddha, iaitu Kesultanan Melayu Melaka turut diislamkan oleh ulamak sufi. Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu menceritakan tentang Syeikh Abdul Aziz yang mengislamkan raja Melaka dan seluruh rakyat Melayu Melaka. Syeikh Abdul Aziz juga merupakan seorang ulamak tassawuf.
Selain Syeikh Abdul Aziz, ulamak-ulamak sufi yang terkenal di Alam Melayu adalah seperti Nurddin al-Raniri, Hamzah Fansuri, Samsudin Sumterani dan Abdul Rauf Singkel. Di Kepulauan Jawa pula, ulamak sufi yang sangat terkenal ialah Wali Songo yang berjaya mengislamkan penduduk Jawa yang sangat kuat tradisi Hindu-Buddha mereka.
Ajaran sufi yang menyapa umat Melayu mungkin adalah penyebab kenapa tiada monument-monument hebat yang dibina oleh orang Melayu ketika era Hindu-Buddha. Kalau ketika itu, kita dapat melihat tamadun-tamadun di alam Melayu membina binaan hebat seperti Borubudur dan Prambanan, tetapi selepas kedatangan Islam binaan yang dibina untuk tujuan bermegah-megah ini tidak dijumpai. Tetapi walaupun sedemikian, Melaka masih boleh berbangga dengan binaan seperti Istana Melaka yang dibina setinggi tujuh tingkat sambil disapu oleh cat keemasan.
Sumber Rujukan:
1. Ahmad Jelaini Halimi. (2008) Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publication.
2. Prof. Dr. Abd Jalil bin Borham, Islam Di Nusantara. Universiti Malaysia Pahang
3. Lynda Shaffler. (1995) Maritim Southeast Asia to 1500. Routledge Publishing.
4. S.Q. Fatimi. Two Letters From The Maharaja To The Khalifah: A Study In The Early History Of Islam In The East. Islamic Studies, Vol. 2, No. 1 (1963), halaman 121-140
5. Artikel Utusan Malaysia bertarikh 28/05/2007; Syeikh Abdullah Al-Qumairi ulama dan pencipta nama Kedah Darul Aman

Khamis, 8 Jun 2017

Kisah 5 Hang Bersaudara artikel ini berbentuk Q&A (Soal & Jawab)

Membongkar Mitos Hang Tuah Itu Cina?



Sebut sahaja mengenai Hang Tuah, ramai puak Chauvinist, Chola dan pseudo-sejarah akan mula berdendang bahawa pahlawan Melayu ini merupakan bangsa cina. Mereka mempunyai hujah mereka untuk mengatakan bahawa Hang Tuah adalah daripada bangsa cina. Justeru artikel ini akan berbentuk Q&A, di mana setiap soalan akan direka berdasarkan hujah-hujah mereka
Soalan: Hang bukan nama biasa yang digunakan oleh orang Melayu. Hanya Hang Tuah lima bersaudara dalam sejarah yang bernama Hang. Nama bangsa Melayu tidak mempunyai nama keluarga. Kalau nama ayah akan dibinkan. Jadi tak logic kalau Hang Tuah, dan terdapat orang lain yang turut berkongsi nama Hang.
Jadi, nama Hang yang sebenarnya ialah Hang Too Ah. Nama Hnag Jebat ialah Hang Jew Fat. Nama Hang Lekir ialah Hang Liew Kier. Nama Lekiu ialah Hang Lee Kiew. Jadi, Hang itu ialah nama keluarga cina.
Jawapan: Hei, saya tahu anda yang cuna menulis sejarah Melayu ni tentu tak pernah bergaul dengan orang Melayu? Pandai-pandai jer buat kesimpulan macam tu. Pernah berkawan dengan orang Melayu tak? Kalau tak, meh sini saya ajar anda apa itu budaya Melayu.
Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Raden ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.
Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.
Soalan: Tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Hang Li Po. Jadi jelaslah bahawa Hang Tuah itu di bawa oleh Hang Li Po.
Jawapan: Benarkah sedemikian? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah.
Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.
Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.
Soalan: Tapi… ada orang cakap yang nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu, dan Lekir itu dicinakan. Tiada makna dalam bahasa Melayu. Betul ke?
Jawapan: Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.
Soalan: Tapi macam mana Puteri Hang Li Po boleh ada nama Hang?
Jawapan: Senang sahaja jawapan saya. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka. Pada asalnya nama Hang Li Po ialah nama puteri itu. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah.
Soalan: Saya tak puas hati lagi dengan bukti bahawa Hang Tuah itu Melayu!
Jawapan: Wah mencabar nampak. Tak apa… kan saya kata salah satu sumber yang menceritakan tentang Hang Tuah ialah Hikayat Hang Tuah bukan? Ini ada keratan dalam HHT sendiri yang membicarakan Kemelayuan Hang Tuah.
Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat petikan di dalamnya yang menyebut dengan jelas tentang nama Melayu. Antaranya ketika peristiwa Hang Tuah vs Samurai Jepun.
“Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.`
Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.”
Ketika Hang Tuah berkunjung ke sebuah empayar yang pernah berdiri di negara India, ada juga dipetik nama Melayu di dalamnya ketika dia terpaksa bertempur dengan pahlawan hebat Empayar Vijayanagara dan menewaskan pahlawan itu:
“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…”
Soalan: Ya, Hang Tuah bukan cina. Tapi, apa bukti Hang Tuah itu wujud?
Jawapan: Kajian-kajian daripada majoriti sarjana di Malaysia bersetuju akan kewujudan Hang Tuah. Mereka membuat rujukan silang dengan manuskrip-manuskrip dari Ryukyu, serta bukti-bukti sejarah dari India, Portugis, Turki dan seumpama dengannya. Walaupun ada yang menolak akan kewujudan Hang Tuah, namun secara majoriti di Malaysia, kebanyakannya mengatakan bahawa laksamana agung orang Melayu ini memang wujud dalam sejarah! 

Selasa, 6 Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong (Kontrak) Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Jabatan Perdana Menteri

IKLAN JAWATAN KOSONG (KONTRAK) UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI
Foto Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia , Jabatan Perdana Menteri.

Kami mencari individu yang mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Ketrampilan yang baik;
ii. Semangat yang tinggi untuk bekerja;
iii. Boleh bekerja berseorangan dan berkumpulan;
iv. Bakat kepimpinan;
v. Jati diri yang cemerlang; dan
vi. Mempunyai kelayakan dan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

✓ STPM/STAM/DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak)
5 jawatan
Syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan
✓ SPM/SVM (KUMPULAN PELAKSANA)
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak)
1 jawatan
Syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan
Sila isi borang permohonan dengan lengkap dan hantar ke info.ppa1m@jpm.gov.my sebelum atau
pada 30 Jun 2017 (Jumaat) jam 11.59 malam.
Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga

BORANG PERMOHONAN JAWATAN BOLEH DAPATKAN DISINI

IKLAN JAWAN KONTRAK

Selasa, 23 Mei 2017

pendaftaran FB guna cap jari.

Cadang Kuatkuasa Pendaftaran Akaun FB Menggunakan Cap Jari

facebook

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (PPKMKL) menyarankan agar kerajaan menguatkuasakan sistem cap jari bagi pembukaan akaun Facebook memastikan medium itu tidak terus disalahguna.

Presidennya, Hussen Zulkarai, berkata, kini terlalu banyak akaun yang didapati menggunakan identiti palsu semata-mata mewujudkan suasana tegang menerusi laman sosial berkenaan.

Menurutnya, sekiranya perkara itu tidak dibendung, ia mampu memberi impak negatif kepada kerajaan dan negara.

"Biar mereka guna nama lain wajah lain untuk maki hamun dan sebagainya  asalkan pemiliknya sudah dikenalpasti. Jika dilihat hari ini seorang sahaja mempunyai lebih dari dua atau tiga atau mungkin lebih lagi yang digunakan untuk kegunaan peribadi dan juga media sosial salah guna.
"Sekiranya Facebook tersebut bagi kegunaan perniagaan pemilik perniagaan perlu tampil bagi urusan pembukaan Facebook . Sekiranya digunakan bagi tujuan kumpulan keluarga, sekolah pertubuhan dan sebagainya mungkin perlu diambil lebih dari seorang bagi menjadi admin dan hanya yang berdaftar cap jari sahaja boleh menjadi rakan,"katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Saranan berkenaan diakui perlu diambil pertimbangan serius, kata Penasihat PPKMKL, Mohd Saari Sidek, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya.

"Kini anak muda mudah terpedaya dengan fitnah di media sosial disebabkan penulisan yang sangat bebas oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga menjadi tular dan menutup fakta sebenar daripada sumber yang diyakini," katanya.

Sementara itu Ketua Biro Keselamatan, Mohd Azrai Mazlan, berkata, sekiranya ia dibiarkan tanpa pengawalan, akan memberi kesan pada pemikiran pengguna media sosial untuk jangka masa panjang.

"Kuasa pengguna media sosial kini seolah terletak dihujung jari mereka .Oleh itu pihak kerajaan disarankan meneliti perkara ini bagi jangka masa panjang terhadap senario pemikiran pengguna media sosial," katanya.

Rabu, 17 Mei 2017

Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.
Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.
Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap ” Ok…” jer…,
Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb…
Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….
Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu…. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….
Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantikmodel Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti
Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…
Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan….. terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu
Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dadaaku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul…
Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia ” Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…
Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.
Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layanastro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…
Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.
Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.
Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.
Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini
Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua… walau apa pun… Innalillah..hiwainalillah…hirrajiun…. semuanya dalam kekuasaanNYA.
KISAH SETERUSNYA KLIK DISINI : Kisah Benar Seram Arwah Kakak Pulang Ke Rumah